- Sedekah yang diberi secara sembunyi-sembunyi hinggakan tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan. Sedekah yang disembunyikan adalah lebih dekat dengan darjat ikhlas. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud: " kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah lebih baik (kerana menjadi contoh yang baik). dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu."
- Sedekah yang diberikan sewaktu masih hidup dan kuat berbanding sedekah yang diberikan selepas mati, ketika sakit atau sedang nazak sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. mafhumnya: " sebaik-baik sedekah ialah apabila kamu bersedekah dan kamu berada dalam keadaan sihat dan tamak, kaamu mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran, jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu katakan, 'ini untuk sipollan dan itu untuk sipolan' sedangkan ia memang menjadi hak sipolan itu." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Sedekah setelah menunaikan perkara yang wajib
- Sedekah yang merupakan hasil titik peluh sendiri
- Sedekah kepada golongan yang berhak
- Sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun sudah meninggal dunia selama mana sedekahnya itu dapat dimanfaatkan oleh manusia
So, tunggu apa lagi? marilah kita menjadi sebahagian daripada golongan yang suka bersedekah..
No comments:
Post a Comment