Wednesday, 26 December 2012

amalan orang melayu bila membeli barang baru



Apa yang hendak aku sentuh iaitu topic tentang amalan orang melayu apabila membeli sesuatu barang baru contoh kereta baru atau motor baru, malah yang baru nak naik rumah baru pun akan diadakan majlis kenduri doa selamat…

Benda ni sedikit bagi mataku celik, kenapa ada amalan orang melayu yang sering dicampur adukkan dengan khurafat. Dipersekitaran rumahku dan penduduk kampungku juga tak lepas dari amalan sebegitu. Bagi mereka bila membeli kenderaan baru, mesti dibuat doa selamat agar kenderaan baru tuhh tak akan ‘amek darah diaorang’ inilah kejahilan yang jelas sbb mereka fikir kenderaan itu yg mengawal manusia, yang berkuasa untuk mengubah sesuatu dalam perjalanan juga takdir hidup orang yang menaikinya. Jelas terpesong sungguh minda macam tuh..

Bukan setakat penduduk dikampungku tapi masa aku study di Universiti pun amalan doa selamat tuk ‘membuang’ atau ‘melepaskan’ sesuatu utk keselamatan diri si pemilik masih diikuti. Kawan-kawanku pasti akan membuat kenduri doa selamat bila beli motor baru. Dengan harapan lepas buat doa selamat tuh, tak akan berlaku eksiden lagi…

Semakin aku heran dikampungku, bila aje beli kenderaan baru mestilah dibuat majlis dan yang bercampur adukkan khurafat dengan “membaling darah” yang dikorban dekat kenderaan tuhh. Biasanya ayam yang akan dikorbankan.,. kunun2, ayam itulah korban ‘darahnya’ supaya darah si pemilik tidak akan diamek.. jadi tak adalah eksiden… minda yang sungguh jahil… masih diamalkan benda syirik tuh dikampungku. Ntah nak buat macamna nak bagi minda penduduk kampung ni terbuka tentang ajaran islam sebetulnya.

Amalan buat kenduri doa selamat ni bukan tak boleh, malah dituntut dalam agama sebagai tanda kesyukuran atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh-NYA pada kita…. Eyalah, dapat gak beli sesuatu yang baru.. kan itu merupakan rezeki dari Allah… tapi yang menjadi salah bila dicampur adukkan dengan khurafat dan syirik. Itu salah besar dan dosa yang sangat besar… menyekutukan Allah tiada pengampuanan dari-NYA…

Tuesday, 25 December 2012

make up muslimah

 Ketahui rahsia sebenar mekap muslimah

*Jadikanlah "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

*Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

*Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.

*Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

*Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelumumur pandangan laki-laki yang membahayakan.

*Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu'" dan jari-jari anda dengan "Cincin ukhwah".

*Bedakilah wajah anda dengan "Air Wudhu'" nescaya akan bercahaya di akhirat.

InshaAllah semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t..

cermin diri sendiri


Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:
“Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” H. R. Muslim
Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri (‘ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM”.
“Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya”.
Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa ‘ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita ‘perfect’ dan orang lain tidak setanding dengan kita.
Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN
Riwayat: Muslim

maksiat menghalang tekun untuk beribadat


Adakah kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?
Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?
Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.
Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.
Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.
Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?
Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.
Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.
Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.
Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.
Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.
Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?
Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.
Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.
Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.
Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.
Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.
Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.
Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.
Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.


iman yang lemah dan cara memperbaharuinya

assalamualaikum..

marilah kita sama-sama melihat ke dalam diri kita, adakah kita mempunyai setiap ciri-ciri di bawah ini atau mungkin salah satu daripadanya??


Diantara ciri-ciri lemahnya iman :
1) Apabila melakukan maksiat, tidak merasa takut pada Allah s.w.t.
2) Keras hati.
3) Tidak melakukan ibadat secara itqan(secara baik).
4) Malas dalam beribadat.
5) Rasa sempit dada dalam pengamalan Islam.
6) Tidak terkesan dengan bacaan al-Quran.
7) Lupa untuk berzikir pada Allah.
8) Tidak merasa marah bilamana maruah Islam dicabar.
9) Suka menonjolkan diri.
10) Sifat bakhil ada dalam diri.
11) Berkata seseorang dengan sesuatu yang dia sendiri pun tidak
beramal.
12) Gembira dengan musibah yang melanda umat Islam.
13) Apabila melihat sesuatu bencana alam, hanya mengatakan
ianya musibah alam tanpa mengaitkan ia adalah bala daripada
Allah s.w.t.
14) Memandang rendah perkara-perkara baik.
15) Tidak mengambil berat tentang isu umat Islam.
16) Tercabutnya kasih sayang persaudaraan sesama umat Islam.
17) Hilang perasaan tanggungjawab terhadap agama.
18) Merasa takut bila turunnya bencana, musibah.
19) Banyak berbantah,berkelahi.
20) Hati banyak terikat dengan dunia.
21) Percakapan yang tidak berasaskan fakta (nas,dalil) seperti
penyebaran hadis palsu.
22) Terlalu terlampau dalam menjaga keperluan diri.

Jika ada,marilah kita sama-sama mengatasinya dengan memperbaharui iman kita..

Diantara perkara-perkara yang perlu diberi penekanan untuk memperbaharui iman:

1) Sentiasa memperbaharui kefahaman tentang Islam supaya
memahami Islam secara jelas.
2) Membaca dan mentadabur al-Quran.
3) Rasa keagungan Allah s.w.t.
4) Menuntut Ilmu.
5) Banyakkan berzikir pada Allah dan jadikan ia amalan harian.
6) Perbanyakkan ibadat.
7) Banyak berdoa moga dihindarkan daripada mati dalam keadaan suu'ul khatimah.
8) Banyak fikirkan akhirat.
9) Banyakkan mengingati mati.
10) Banyakkan berdoa pada Allah s.w.t supaya diberi keimanan
yang sempurna.

Monday, 3 December 2012

Kisah Orang Kaya dan Orang Miskin


Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio Perak, sekejap Kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.



Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor. Kelihatan beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk di situ. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
“Nak apa?!”
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
“Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..”
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!
“Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!”
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!
Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
“Sudah nak!!” Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
“Kenapa ni? Gila?!”
“Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit,” dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.
Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku meluat melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi berlagak seperti fakir. Mungkin..
Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
“Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?”
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu per satu, perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
“Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula, nak.”
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
“Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati.”
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

inilah kisahnya...renung-renungkan..sgt sedih kisah ini:(

kata-kata hikmah

Assalamua'laikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin kongsikan bersama kata- kata hikmah sebagai panduan dan semangat untuk kita menempuh hari-hari mendatang..



1) Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

2) Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

3) Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satuperkara iaitu   USAHA.

4) Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

5) Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

6) Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

7) Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

8) Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

9) Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

10) Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

11) Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

12) Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

13) Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaanmembawa kepada impian

Thursday, 29 November 2012

DUNIA TEMPAT PERSINGGAHAN






Dunia ini hanya satu persinggahan bagi kita. Dunia yang kita tak ketahui berapa lama lagi boleh kita tinggal. Mungkinkah lagi beberapa tahun?. Beberapa hari?. Beberapa jam atau beberapa minit atau beberapa saat lagi?. Hala tuju kita semestinya syurga Allah kerana kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal... Namun apa yang telah kita lakukan untuk meraih syurga Allah?...

Terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan. Walaupun peringatan demi peringatan di beri, kita masih melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah. Begitu sukar untuk kita meninggalkan perkara-perkara jahiliyah. Terlalu banyak masa terbuang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan masa yang ada ini terlalu singkat untuk mengejar kesemuanya… Terlalu singkat untuk mencari bekalan ke akhirat...
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Dunia adalah tanaman untuk hari Akhirat…"
Berdasarkan hadis Nabi di atas ertinya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan perlu kepada persiapan untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di hari Ak...hirat…
Walau pun hidup di dunia singkat berbanding kehidupan akhirat, tetapi ianya sangat penting, kerana ia adalah penentu samaada kita bahagia atau celaka di hari Akhirat nanti…
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada seseorang sesungguhnya dia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat…" Iaitu :
1. Hati yang sentiasa bersyukur…
2. Lisan yang sentiasa berzikir…
3. Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah… dan
4. Isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami)nya…


Untuk bahagia di hari Akhirat, kita mesti melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan ketika hidup di dunia… Samalah seperti jika kita ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar, maka pokok yang kita tanam perlu subur dan sihat… Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik…


Maka jadikanlah dunia ini medan untuk beramal. Hidup di dunia hanya sekali sahaja. Ahli hukama ada berkata, " Dunia adalah tempat beramal tiada balasan, dan akhirat adalah tempat balasan tiada amal... Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal…"


Sujudlah kita kepada Allah, mohonlah kepada Allah supaya kita terus berada di landasan yang lurus, mohonlah kepada Allah supaya kehidupan kita yang singkat ini direhai Allah… Aminn…



KELEBIHAN AYAT KURSI


KELEBIHAN AYAT KURSI


1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali

pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan

sembahyang sunat dua rakaat, Allah

memeliharanya daripada kejahatan syaitan

dan kejahatan pembesar.”


2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Orang yang selalu membaca ayat Kursi

dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana

DIA memelihara Nabi Muhammad.”


3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Mereka yang beramal dengan bacaan ayat

Kursi akan mendapat pertolongan serta

perlindungan Allah daripada gangguan

serta hasutan syaitan.”


4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin

Allah, akan terhindar daripada

pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi

benteng yang kuat menyekat pencuri

daripada memasuki rumah.”


5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan

memberikan keselamatan ketika dalam

perjalanannya.”

doa





Saya tertarik dengan kebaikan doa ini dan ingin saya kongsikan dengan kawan-kawan saya diluar sana.

Berikut adalah doa elak daripada perasaan malas, rasa keluh kesah, sifat kedekut, penakut dan elak alami daripada tekanan hutang.



doa-elak-malas

Maksudnya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia. 















Monday, 26 November 2012

Wasiat Luqmanul Hakim




 Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:
1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama’ dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit.
Sama-samalah kita mendidik anak-anak yang di anugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita supaya menjadi insan dan hamba-Nya yang taat dan patuh kepada segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencoraknya anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari dan Muslim)

Tuesday, 20 November 2012

Sedar dalam Mimpi

Assalamualaikum...kadang-kadang kita terjaga sewaktu azan subuh...tapi..mesti ramai yang akan tidur semula kononnya awal lagi nk solat..jadi, mari sama2 kita renungkan hadith di bawah ini..

Dari Abu Hurairah dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam, beliau bersabda: 

"Syaitan mengikat tiga ikatan pada tengkuk salah seorang di antara kalian, pada setiap ikatan ia membisikkan; malam masih panjang, maka tidurlah dengan nyenyak!." Dan satu kali ia mengatakan: "pada setiap ikatan ia membisikkan kepadanya; malam masih panjang!." Beliau berkata: 

"jika ia terbangun lalu berdzikir(berdo'a) kep

ada Allah `Azza wa Jalla maka terurailah satu ikatan,

lalu jika ia berwudhu maka terurailah dua ikatan,

dan jika ia melaksanakan shalat maka terurailah ketiga ikatan itu dan ia akan menyongsong esok hari dengan hati yang lapang dan semangat membara,

namun jika ia tidak (melakukan hal itu) maka keesokan harinya ia akan merasakan kesempitan hati dan kemalasan."(Hadith Riwayat Ahmad)

xrugi bersangka baik


Sangka baik kita kepada orang lain adalah doa kita untuknya. Sangka baik orang kepada kita adalah doanya untuk kita.
InsyaAllah, sentiasa sangka baik... kita akan mendapat yang baik. 
Walaupun belum jadi baik, sekurang-kurangnya membantu sesama kita yang sedang berusaha menjadi baik. 
Amin ya Rabb.

Tuesday, 6 November 2012

lawak la...



lawak punya cerita!!untuk menghiburkan hati time2 byk exam ni, jom kita sama2 membaca dialog di bawah..hehe:)

Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Man : ini kedai punya interner la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tujupakale jugak
Man : hah??
Mamak : "tujupakale..!"
Man : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tujupakale la..
Man : Password dia tujupakale..!
Mamak : ya..tujupakale
Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Man : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tujupakale
Man : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la...
Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)
Man : ko tgk aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Man : eh, ye ke...kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Man : %@$#@%#!!!!...

menuntut ilmu


perbezaan 3 jenis manusia ketika menuntut ilmu :

1) menuntut ilmu semata2 nak tahu itu tidak tahan lama.
2) menuntut ilmu kerana mengharapkan sijil itu mengurangkan ilmu.
3) menuntut ilmu kerana ingin mengajar pulak orang lain itu menambahkan semangat dan istiqomah ....

dalam Hadis Nabi saw ada membawa konsep yakni " belajarlah kamu " dan " ajarkannya kepada orang lain " maka tanamkanlah cita-cita " aku belajar dan aku akan ajar pula orang lain " .... keinginan seperti itu insyaallah akan membuat anda istiqomah dalam menuntut ilmu dan menguasai ilmu yang anda pelajari...

Thursday, 11 October 2012

aktiviti kolej

dh 2 mggu asyik busy dengan aktiviti kt kolej...kalau sebelum masuk ukm xpernah terlintas pun untuk ber choral speaking, tapi kat sini dah pun joint..best sangat walaupun last minit baru prepair..memang xsempat hafal pun..bwk kertas ja..memang xpenah dibuat orang..hehe:)tp kagum jugak dengan kawan-kawan lain yang dapat menghafal dan perform dengan hanya 4 orang ahli kumpulan sahaja..memang kolej kami suka sangat menganjurkan aktiviti macam ni..setiap minggu ada ja aktiviti sampai student yang selalu blek rumah dah xdapat balik..hehe:)

minggu ni pulak ada lagi satu program yang bagus dianjurkan oleh pihak kolej iaitu interaksi keusahawanan.tak sabar pun ada, takut pun lagilah sebab ada tugasan yang akan diberi nanti..pastu kena present pulak..kebanyakan aktiviti mesti ada perkataan "diwajibkan"...hmm..kalau tidak, semua pakat tak masuk dah..

setakat ini sahaja coretan saya yang dapat di kongsi untuk kali ini..terima kasih..

Friday, 5 October 2012

Profile Fatimah al-Zahra Puteri Rasullullah

Hari ini suka untuk saya kongsikan biodata ringkas puteri Rasullullah s.a.w:


  • beliau merupakan puteri kepada lelaki dan wanita terbaik, Muhammad s.a.w dan Khadijah binti Khuwailid.
  • Suaminya dalam kalangan sahabat terbaik Sayyidina Ali Karramallah hu Wajhah
  • Anak-anaknya adalah insan al-muhsin (terbaik) iaitu al Hasan, al Husin, Zainab dan Ummu Kalthum (ada riwayat mengatakan puteri-puterinya bernama Zainab  al Kubra dan Zainab al Asghar)
  • Merupakan wanita terbaik dan ketua bidadari syurga
  • Meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasullullah s.a.w, pada hari Selasa 3 Ramadhan 11 hijrah
  • Dimakamkan di perkuburan al-Baqi'

semoga kita akan menjadikan Fatimah al-Zahra sebagai dalah seorang idola dalam kehidupan kita semua dan bukan hanya menjadikan artis-artis sahaja sebagai idola dalam hidup kita...
Terima kasih daun keladi..

AURAT


assalamualaikum...haa..di pagi Sabtu yang ceria ni (sbb cuti) kn, saya ingin berkongsi satu topik yang sgt jarang kita titikberatkan iaitu aurat kita sebagai wanita Islam..

walaupun mgkin semua orang sudah tahu hukum hakam dari segi menjaga aurat, tapi masih ramai yang membuat endah tak endah jer pasal aurat ni..

bagi saya yang tinggal di asrama, tentu akan lebih perlu menjaga adab berpakaian kerana bkn hanya wanita Islam sahaja yang tinggal di asrama ini. kita perlu tahu aurat wanita Islam apabila bertemu dengan wanita bukan Islam adalah sama seperti bertemu dengan lelaki yang bukan mahram..tidak semestinya wanita Islam boleh mendedahkan aurat mereka walupun bertemu sesama wanita tetapi bukan Islam.

apa yang saya lihat di sekeliling saya, perkara ini amat diambil mudah oleh wanita Islam padahal mereka mungkin sudah tahu batas-batas aurat yang perlu dijaga..

untunglah di aras asrama saya semuanya wanita muslim..jadi agak mudahlah untuk pergi ke bilik air.. hehe:)
saya harap saya akan sentiasa mengingati batas-batas ini dan kepada kawan-kawan yang belum menyedarinya, marilah sama-sama kita mengamalkan perintah Allah ini..terima kasih...

Thursday, 4 October 2012

10 perkara yang sering dibazirkan oleh manusia

assalamualaikum....hai,selamat pagi semua..marilah kita mulakan hari  kita dengan senyuman:)hari ini banyak pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia..tanpa kita sedari, kita juga turut terlibat dalam pembaziran ini..nak tahu tak apa yang sering kita bazirkan??ok..sebenarnya banyak sangat..tapi terdapat 10 perkara utama yang sering kita bazirkan..


  1. HARTA dibazirkan dengan tidak membelanjakan  ke jalan Allah
  2. ILMU dibazirkan dengan tidak mengamalkannya
  3. HATI dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasullullah
  4. AMALAN dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan ikhlas
  5. CINTA dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah
  6. MASA dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah
  7. TUBUH BADAN dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah
  8. ZIKIR dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati
  9. KEPINTARAN dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya
  10. KESIHATAN dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit  


Sebaik-Baik Sedekah

Apakah ciri-ciri sebaik-baik sedekah??


  1. Sedekah yang diberi secara sembunyi-sembunyi hinggakan tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan. Sedekah yang disembunyikan adalah lebih dekat dengan darjat ikhlas. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud: " kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah lebih baik (kerana menjadi contoh yang baik). dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu."
  2. Sedekah yang diberikan sewaktu masih hidup dan kuat berbanding sedekah yang diberikan selepas mati, ketika sakit atau sedang nazak sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. mafhumnya: " sebaik-baik sedekah ialah apabila kamu bersedekah dan kamu berada dalam keadaan sihat dan tamak, kaamu mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran, jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu katakan, 'ini untuk sipollan dan itu untuk sipolan' sedangkan ia memang menjadi hak sipolan itu." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  3. Sedekah setelah menunaikan perkara yang wajib
  4. Sedekah yang merupakan hasil titik peluh sendiri
  5. Sedekah kepada golongan yang berhak 
  6. Sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun sudah meninggal dunia selama mana sedekahnya itu dapat dimanfaatkan oleh manusia
So, tunggu apa lagi? marilah kita menjadi sebahagian daripada golongan yang suka bersedekah..
my lab assignment word

biodata

assalamualaikum..hehe:)dh post mcm2 bru nk pkenalkan diri..lupa kot..ok..nak buat biodata mcm kt sekolah dulu bleh x?mmm..kira bolehla noh..

Nama: Sakinah binti Hashim

Umur????hehe..tua dah..23..
Negeri: Kedah Darul Aman..(cek anak jati kedah)
Nama Ayah: Hashim bin Isa
Nama Mak: Manis binti Latih
Bil adik beradik: 12 (anak ke 6)
pendidikan: mula2 skolah rendah, pastu skolah menengah kt skolah agama, pastu buat diploma (pengurusan perniagaan) kt Kolej Universiti Insaniah, pastu dok umah ja xkeja pun, pastu now sambung degree kt UKM insyaallah..
Makanan kegemaran: tomyam campur
Minuman kegemaran: semua boleh, janji sedap ja..

tu ja kot yg boleh dikongsikn dengan kwn2 smua..terima kasih..

A

Wednesday, 26 September 2012

dosa dan taubat..

assalamualaikum...hari ini saya ingin berkongsi satu topik yang berunsurkan keagamaan pulak yer..ianya adalah berkaitan dosa dan taubat.haa..msti ramai jugak yang takut atau gerun dengan perkataan dosa dan taubat..kn???


semua manusia tak sempurna..kita sering melakukan dosa tanpa kita sedari..terutamanya dosa kecil lah kn..tapi adakah kita bertaubat dan menginsafi diri atas dosa yang kita lakukan itu??hanya kita sendiri yang tahu..


taubat adalah berjanji untuk tidak melakukan atau mengulangi kesalahan yang dilakukan..sebaik-baik taubat ialah yang dilakukan sejurus selepas membuat dosa sebelum datangnya azab dan balasan. tetapi ramai orang bertaubat hanya selepas ditimpa musibah dan bencana akibat perbuatan dosa..bertaubat dari zina hanya setelah mendapat penyakit HIV,bertaubat dari minum arak selepas kemalangan dan bertaubat dari sekian dansekian kesalahan akibat ditimpa dugaan..


amat jarang sekali kita bertaubat dalam kesenangan dan semasa masih dalam kenikmatan semata-mata kerana takutkan Allahdan azabnya. firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 17 yang bermaksud: sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudiannya mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya.


maksud segera di sini adalah sebelum datang kematian dan kiamat..kita tidak pernah tahu bilakah tempoh ajal kita sehingga apabila ianya sudah terlewat! jadi, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri serta rakan-rakan semua bertaubat sebelum terlambat..

Monday, 24 September 2012

Kem BTN Kuala Lipis..

assalamualaikum.....sy ingin berkongsi pengalaman menjalani kem bina tatanegara di Kuala Lipis, Pahang. sy dapat belajar byk perkara sepanjang 3 hari 2 malam di sana..sebelum pergi rasa macam terpaksa ja,tapi bila dah smpai kt sana rasa best sangat..makan saja 6 kali sehari sapa xbest kn??hehe..walaupun hanya sempat tido 2 jam saja, tp ia dapat memberi kepuasan kepada sy dan semestinya juga kepada semua rakan-rakan kolej yang menyertai kem ini.


Hari pertama kt sana, kul 2 pagi dah bangun untuk buat night walk..dhla hutan simpan plak tu..siap ada pacat lagi..eeee..smpai ja destinasi, haaa..ni yg paling best..buat water confident..dhla xpandai berenang..semua menjerit ja bila kna turun dalam tasik yg mcm 'teh ais' tu..siap telan lagi air tu..pastu kami berkayak..best sgt..tp sebab semua org basah, kami kena blek jalan kaki lbeh kurang 4 km mcm tu..kesian..pada malamnya semua kumpulan membuat persembahan masing2 yg bertema Merdeka Raya..happy sgt dgn group sy yang diberi nama Little Soldier..kami semua dpt bekerjasama dengan baik sekali..






Keesokannya, selepas check in dr kem tu, kami ke pekan Kuala Lipis untuk aktiviti explore city..tanpa dibekalkan duit dan langsung tidak boleh membawa handphone, kami perlu bergerak dari 1 checkpoint ke checkpoint yang lain untuk selesaikan tugasan..kami kupas kelapa dan perlu jual santan utk dapat rm 10..tp yg bestnya, group km dpt rm 17..pastu km bekerja di kedai makan, perlu cari bahan untuk sediakan masakan tradisional pahang, dan bermain permainan tradisional..memang best dapat ingat balek time kanak-kanak dulu..kami juga dapat pergi ke sekolah Siti Nurhaliza di mana tempat dia bermain bola jaring semasa belajar di sekolah menengah dahulu.


kesimpulan dari kem ini keseluruhannya adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan tanah air kita yang semaakin hari semakin dilupakan..ini juga adalah kerana mahasiswa inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti..walaupun lepas balik kolej terasa sakit badan, tapi pengalaman yang diperolehi mampu mengatasi kesakitan ini..setakat ini sahaja pengalaman yg dpt sy kongsikan..

Wednesday, 19 September 2012

menganaktirikan minum


Saya selalu terdengar para ayah dan ibu, apabila terlihat anaknya makan dengan tangan kiri, pasti akan ditegur anak tersebut..” Ha! Makan guna tangan kanan..”. saya juga sering menggunakan perkataan itu kepada anak-anak saudara saya.. Makan dan minum dengan tangan kanan adalah suatu sunnah, bahkan sebahagian ahli ilmu menyatakan ia adalah suatu kewajiban. Namun apa yang menyedihkan, kita hanya membiasakan diri kita dan anak-anak kecil makan dengan tangan kanan, tetapi tidak kisah dengan minum.

sabda Rasullullah s.a.w yang di riwayatkan oleh Muslim yang bermaksud jika seseorang kamu ingin makan, maka makanlah dengan tangan kanan, dan jika minum, maka minumlah  dengan tangan kanan, sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kiri. inilah kebiasaan yang sering dilakukan oleh kita semua kerana ingin menjaga cawan dari menjaga sunnah nabi..oleh itu, kenapa kita sering menganaktirikan minum walaupun kita tahu ia adalah amalan syaitan??tetapi kita makan menggunakan tangan kanan..

sesiapa sahaja pasti akn marah bila dikatakan mengikut amalan syaitan..kn??oleh itu, mulai sekarang marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah rasullullah iaitu makan dan minum menggunakan tangan kanan..selamat beramal:):)

masa ibarat pedang...

bukan melayu sahaja yang kaya dengan pepatahnya, malah orang arab juga mempunyai pepatah mereka sendiri..masa kat sekolah menengah dulu, ustaz yang ajar nusus(syair arab) ada ajar pasal pepatah arab ni yang berbunyi "masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita". kesibukan ke kelas dan aktiviti di kolej membuatkan saya mengingat kembali tentang pepatah keramat ini..jika tangguhkan apa-apa kerja pun, keesokannya dah tak cukup masa nak buat kerja yang semalam..jadi, saya ingin berkongsi pepatah ini untuk mengingatkan diri saya sendiri agar dapat kita sama-sama bermuhasabah diri..